CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Super Kawaii Cute Cat Kaoani
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 3, 2012

lambaian ka'abah.

Salam,

Ya Allah, Makbulkanlah doa ku untuk menjadi tetamuMu satu hari nanti..


seronok.baru lepas call mak td. dapat lepaskan rindu.walaupun hanya dengar suara.takpe2 esok hani n herry balik ye.dapat balik hari pun jadilah.itulah kuasa hubungan kekeluargaan yang sangat rapat. kite tak dapat balik kg, adik-adik dan mak datang rumah kami. bila free2 plk, kami balik kg. adat ziarah menziarahi sentiasa ada dalam keluarga kami. wajib dipraktikkan tu tau kawan-kawan. jangan sebelah pihak je yang beria-ia menziarah, yang sebelah pihak lagi lupa keluarga. dunia ni sementara, rugi kalau tak hargai..

ok2..ke lain pulak ye.almaklumla..banyak benda dalam kepala ni.semua nak ditulisnya.ber balik kpd tajuk besar.InsyaAllah mak saya akan ke tanah suci mekah tahun ni. Alhamdulillah surat tawaran dah sampai.seronok dengar mak ckp td.saya tumpang gembira untuk dia. InsyaAllah akan diiringi oleh adik lelaki saya iaitu asyraf dan mama safiya, ema. InsyaAllah..

tercapai juga hajat mak. kagum dengan mak.menabung dan mendaftar kan diri awal. menabung walaupun tanpa sokongan abah yang telah 'pergi'. kagum dengan mak, walaupun gaji hanya sedikit, kagum dengan dia.sangat-sangat. dialah insan yang pandai menyimpan. mungkin berkat dan hikmah nye orang yang suka bersedekah. kalau kawan-kawan nak tahu,mak saya suka sangat bersedekah. tak mcm saya ni,nak sedekah pun pilih-pilih. rase nak bagi, baru bagi. tapi mak saya tak, tanpa fikir panjang, asal nmpak org minta sedekah, pasti akan dihulurkan derma. mungkin dengan itu, gaji yang sedikit pun berkat. boleh kumpul untk pergi haji.

Semoga mak panjang umur dan dapat menunaikan ibadah haji pada tahun ni.. saya???...InsyaAllah ..sekarang sedang berusaha mengumpul.tapi belum daftar lagi.dah sampaikan hajat ni kepada suami untuk bersama-sama daftar dan menjadi tetamu Allah satu hari nanti. suami saya pun dah setuju.tengah usaha nak cukupkan amaun yang dikehendaki untuk mendaftar sebagai bakal haji.

Orang kata kalau niat nak pegi pun dah dapat pahala.Wallahuaklam...;-)

No comments: