CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Super Kawaii Cute Cat Kaoani
Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 16, 2012

Dunia & Akhirat

Salam,

Hai, kerja? cuti?..lengang je jalan this week..seronok je drive..30 minit je dh smpai opis.selalunye 45minit.hu3..walaupun saya x cuti direct.cuti di isi dgn sebaik2nya. melayan hati dgn nikmat dunia. jalan sana sini utk mengeratkan kasih sayang antara kami.cewahhh...hehehe . yela, bulan disember nanti dah xde mse nk layan hati berdua sebab, banyak kenduri & majlis from my side & hubby's side. makan kenduri tiap minggu la jawabnya. 

Puas juga la cuti2 Malaysia..nasib baik la dpt suami yg kaki jalan.dan suami pn untung dpt isteri kaki jalan "kata suami la" hahah..kemana nk pegi kami layan je, walaupun tempat yg kitorang pegi tu biase2je.kami yg buat tempat tu jadi happening...

wokeh..selepas melayan hal dunia..hati kne isi juga dgn hal akhirat, betul tak.. bos saya ajak pegi dengar ceramah solat sains kat pusat islam UiTM. pernah dengar tak.sebenarnya saya pernah tgk dokumentari kat tv9 tempoh hari. dalam topik tu, saintis yg terlibat telah mengkaji kebaikan solat dari segi kesihatan. power tu, diorang siap ada alat yang boleh ketahui gelombang2 stress sebelum dan selepas solat. bangga sikit la jadi perempuan sebab saintis tu perempuan. mula2 saintis tu cakap mereka di arahkan utk membuat projek tu, mula2 x minat sgt utk buat kajian tentang kebaikan solat tu, tapi bila dah mula kan projek tu, prof tu dah mula berminat sgt2 smpai buat banyak buku tentang kebaikan solat dari segi sains ni. dan salah satunya ialah buku ni.


baru baca muka surat ke 3, tapi best..
Kat dalam buku ni di tunjukkan cara-cara pergerakkan solat yg betul, hmm..byk pergerakan saya semasa solat yang x betul rupanya. dengan buku ni boleh la dibuat rujukan. 

Dan antara sedikit nota yang saya boleh rumuskan ialah:

Solat 5 waktu WAJIB ditunaikan, kerana dengannya ketenangan akan hadir, gelombang2 kebaikan akan wujud & gelombang2 penyakit akan menurun. utk bonus kesihatan tambahan, solat sunat juga digalakkan.. (^_^)

Orang sakit lutut selalunya solat duduk kan? tapi prof ni cakap, jgn manjakan badan. otot kita lagi sakit , lagi la kita kena gerakkan dia. Dia dah buat eksperimen kpd pesakit lutut, solat mcm biasa dengan pergerakkan yg betul, lama kelamaan pesakit dpt solat seperti biasa tanpa bantuan kerusi.

Ketenangan akan wujud ketika kita rukuk & sujud yang betul..

Dan yang best tu, bagi ibu yang hamil. InsyaAllah boleh bersalin normal kalau solat dgn sempurna smpai tarikh bersalin. InsyaAllah baby x songsang.

Dan saya akan cuba study dan mempelajari cara solat yang betul..ye la,umur dah 30, tahun depan dah 31..solat pn x betul lagi.hu3...Alhamdulillah Allah gerakkan hati utk pegi dgr ceramah tu tadi.

saya hanya ingin berkongsi rasa je, kalau teringin nak beli buku2 prof ni, maybe kat kedai buku kat luar tu ada jual. Semoga Ibadah kita diterima utk bekalan kita ke Akhirat nanti...




Monday, November 12, 2012

Cuti berselang seli...ke mane kita....

Salam,


Isnin kerja, selasa cuti, rabu kerja, khamis cuti, jumaat kerja..wow..menarik...mana mau pegi dgn situasi mcm ni dgn cuti yang tak berapa nak hado ni...cuti byk habis krn masalah kesihatan.hu3..kalau kerja cikgu2 suami isteri & banyak cuti boleh la pegi cuti jauh2 sikit...ye dak..

hmm...KLCC..dah bertahun tak pegi nih..mcm best je bunyinye. dapat ronda2 jadila..asik pegi jauh2 je.yang dekat tak jenguk pun.org jauh2 yg dtg nengoknye..

duduk rumah??..o tidak..ckup la sabtu ahad tadi, mencari pahala dgn memasak & mengemas rumah untuk suami.harap2 Allah terima ibadah ku..amin...hehehhe

Dah ada plan, harap2 Allah permudahkan urusan kami suami isteri..hehehe...PD..teluk kemang..best gak tu...hmm..mne lagi..tg malim..pau yik mun...punnn best nih...

korang pulak, plan ke mana?..bagi kami, tak kira ke mana & di mana kita bercuti..kita yang buat tempat tu jadi happening..betul tak...

Kembali ceria

Salam,

Alhamdulillah mereka telah pulang kepangkuan kami dengan selamat... menanti di balai ketibaan dgn penuh sabar..saya & suami org pertama sampai.relax2 dlu, makan2, solat...Akhirnye setelah beberape jam menunggu, terpandang kelibat 3 insan yang kami sayang.. makkkk.....adik2 ku....safiya sorang je yg terpinga-pinga..kesian dia..kalau dia dh punya banyak perasaan, mesti dia pun mcm kami..heheheh..

kat sni, sedikit foto2 kami he2...

pokcik2 & mokcik yg over..piya cool je..heheh

tau mau mama ek, esoknye jd mcm foto kt bwh ni..langsung bo layan kitorang

wajah gembira mereka

scan muka ayah ke piya

mak long safiya

Pak long safiya

the sadness part..hu3

ni pun sedih.hu3

Thursday, November 1, 2012

lambat nye nak minggu depan

Salam,

terase lambat nak minggu depan...rindu sgt dh ni dengan wajah kesayangan hamba...hehehe..Semalam call mak, mak & adik ipar kembali demam,ye la, kt sni hujan mencurah-curah membasahi bumi Malaysia.tapi kt Mekah, kalau tak silap, sekali je haritu..itu pun dah cukup bersyukur buat mereka.ye la, Wal fadang fasir la katekan..bila dh jarang hujan ni, debu2 pun naik la...panas pun lain macam je, pokok pn x byk.itu la yang mak saya bagi tahu. Ape2 pun harap mereka dpt bersabar dengan dugaan itu...Dan saya bercita-cita utk ke sana juga nanti. org kata kalau dah bercita-cita tu, umpama niat. bile niat utk kebaikan tu, dh dapat pahala,,,,kena usaha lebih utk menyimpan....azam tahun hadapan utk daftar haji.hehehhe....Harap impian kami suami isteri utk buat haji/umrah bersama-sama di makbulkan Allah..amin....

ni foto mereka lambai utk ke tanah suci mekah, pasni kami pulak lambai kt KLIA menanti kepulangan mereka....isnin malam selasa ni 5/11/2012 berkampung lah kami adik beradik utk menanti kepulangan mereka..Dan saya rase yg paling ditunggu adalah pertemuan si kenit dgn mama n ayah nye..mesti sebak bile tgk...sabar ye safiya...mama & ayah nak balik dah....pasni dgn kitorang mesti safiya dah tak heran kan.dok berkepit la dgn mama & ayah dia....heheheheh

sedih wooo mse ni, rase nk lompat je pagar depan tu, nak ikut diorang....

Wednesday, October 31, 2012

Adoi..bersawang sudah...

Salam,

Hai korang.. lama x berblog.Dan harini tiba-tiba terbuka blog yg bersawang ni.sesunggunya saya bukan blogger tegar ye.he3.

Ok, sepanjang tidak berblog ni, banyak cerita, banyak kisah dalam hidup saya. tentang saya, tentang famili kecil saya (me + suami), tentang kedua-dua famili, tentang kawan-kawan..

Adik kawin, hari raya, aktiviti cuti hari raya, saya sakit, saya admit @ demc, saya buat pembedahan kecil..mcm2 lagi lah...

dan ini rangkuman foto2 sepanjang saya tidak berblog...biarlah foto-foto ini berbicara..(^_^)V

raya @ Kuala kangsar ..makan cendol

BBQ @ umah An

Mak & Adik2 g haji, Alhamdulillah mereka dah bergelar haji & hajah sekarang

Cik Piya yang ditinggal oleh Mama & Ayahnya..tapi dia gud girl, x meragam & semakin bijak

Shopping sikit2 masa raya kat kuala kangsar

My BFF kak shareena naik PB, wt jamuan utk dia sikit

mereka di Madinah sebelum tunai haji

@ kelana Jaya, Kompleks Haji

BBQ Umah An

Jamuan Raya Ofis

Si kenit Irfan, anak menakan..

Raya @ Pasir Panjang..Kampung ku..heheheh

otw to Madinah

anak sedara kawin

Gotong royong sebelum puasa

Kali pertama puasa @ demc, masuk ward utk kali ke 2

safiya anak buah saya






Thursday, March 22, 2012

Setelah Setahun 'Pemergian' mu...


Abah a.k.a Bapa mertuaku.

Setahun kami kehilangan abah
Macam baru semalam melihat abah
gelak ketawa gurau senda dengan saya
sudi datang menjenguk saya dan herry bila senang
sudi makan ape yang saya hidangkan

Terasa baru semalam saya dan herry buka bersama abah di tempat kerja abah
seronoknya ketika itu.
Macam baru semalam kita pegi Floria di Putrajaya
makan durian, beli baja pokok2 abah yang abah tanam kt umah

terima kasih sudi terima hani sebagai menantu
terima kasih kerana sudi menyayangi saya
terima kasih kerana abah cukup menjaga hati saya
terima kasih kerana abah memahami saya
terima kasih kerana sudi menjadi pengganti abah saya 
terima kasih beri saya peluang mengungkapkan perkataan abah yang telah lama saya tak sebut kerana abah saya 'pergi' lebih awal meningglkan saya

Hani minta maaf andai ada salah dan silap
Hani minta maaf andai tingkah laku hani yang menyinggung
Hani minta maaf kerana tak sempat bagi cucu kt abah

Al Fatihah untuk abah