CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Super Kawaii Cute Cat Kaoani
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 2, 2011

kehidupan

Salam,

Kehidupan...susah,senang,suka,sedih,marah,kecewa dan sebagainya.terpulang kepada kita untuk control sifat2 tu untuk mengharungi hidup yang singkat ni.Bila mendengar berita gembira, kita tumpang gembira.dan bila dengar berita sedih, kita tumpang sedih.SABAR.satu perbuatan yang WAJIB kita buat dalam kehidupan.tanpanya kita boleh bertindak luar jangka.tapi nak buat mcm mana kalau hilang pertimbangan? Akhirnya deritalah yang kita dapat.

Kadang-kadang takut untuk melangkah mengharungi kehidupan.Takut-takut tersungkur dipertengahan.tapi apakan daya,inilah cerita dunia.Tiada siapa yang boleh menghalang cerita yang Allah cipta.dan perkataan SABAR juga terkandung dalam ceritaNya.

Yang sedang meniti kesenangan,jangan la sentiasa mendabik dada dgn tidak memikirkan roda tidak berpusing..Nikmatilah kesenangan dengan syukur Alhamdulillah.Alhamdulillah dipermudahkan didunia dan mohon sehingga ke syurga..

Yang diberi kesusahan,jgnlah mengeluh kesah.Ingatlah bahawa Allah tidak akan beri dugaan kepada seseorang hambanya itu jika dia tidak mampu untuk mengatasinya.Kadang-kadang Allah berikan semua itu kerana Dia inginkan hambaNya itu sentiasa ingat pada Nya.dan sekali lagi SABAR lah jadi teman.

Dan..sabar lah wahai kawan-kawan ku.setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.kita hanya hambaNya.sesungguhnya Allah mengetahui...Wasalam

No comments: