CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Super Kawaii Cute Cat Kaoani
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 23, 2011

Cerita RM 10

Salam.

Kenyangnye cik honey harini.UiTM negeri datang utk hantar penyata dan mcm biasa ade makan-makan.cik honey join la sekali ni.masak lemak cili api ayam+sayur campur+buah tembikai+air sirap...Alhamdulillah.rezeki utk harini.



Hmmm..ckp pasal makan.semalam....di suatu petang yg hujan.cik honey beli makanan utk di bawa ke hosp.sembang punya sembang.cik honey ajak en suami ke sek 6,Shah Alam.ada ikan bakar kt situ.hmmm..sedap tu...Dan sedang cik honey mencedok gulai daging,cedok nasi,pilih2 ikan bakar.....terjadila satu cerita yg cik honey tak tahu nak kata apa.marah,sedih,kecewa,gembira..hmm..tak tahu nk gambarkan.

Nak jdkan cerita kocek en suami berlubang,dan cik honey tak tahu yg dia pakai seluar yg kocek berlubang tu...dan bila en suami tersalah simpan,berjatuhan lah duit tu ke lantai..RM 1,RM 1,RM 5,RM 5 dannn RM 10....

Cik honey tak berapa nak perasan duit tu jatuh.tapi sempat la perasan yg en suami tertunduk2 seperti mengambil sesuatu di lantai...dan akhirnya cik honey nmpak duit tu jatuh....dan selepas dibayar semua lauk yg telah di kehendaki.kami pun bergegas ke kereta krn org semakin ramai di kedai tu.

Tapi yg peliknya en suami memandang ke restoran tersebut dgn pandangan yang tidak puas2..Kenapa ye...Dan bila en suami bercerita, disebalik not-not RM yg jatuh ke lantai tu..ada pengutip prihatin "MEMBANTU" en suami.seorang lelaki berbadan besar..yang diatas mejanya ada burger KFC.dan bersamanya ada 4 orang lelaki yg agak tua/sedang2 tua.en suami cakap,dia perasan lelaki tu tunduk mengambil wang itu.en suami igtkan nk pulang pd kami.sekali dia ambil dan tanpa berkata apa2 /tiada niat utk pulangkan semula duit tu..Sampaikan cik honey tertanya... Adakah ini rakyat Malaysia.mengambil kesempatan.mungkin cik honey tak kisah tentang duit tu.tapi cik honey kecewa dgn sikap manusia tu.bila en suami memandang mereka dgn harapan duit itu dipulangkan,mereka buat2 tak pandang.kejamnya.

En suami memang yakin RM 10 tu adalah duit kami.tapi en suami tak nak gaduh.dia hanya diam smpai ke kereta.baiknya la en suami ni.ye...tapi hmm entahla...dah tak terkata,...sebelumni cik honey pernah juga nmpak ade org terjatuh duit.tapi kita tak niat pun nak tolong kocek kan utk dia.sepatutnya bila dah nmpak tu cepat2 la kejar org tu utk pulangkan.

Harap2 encik2 yg semalam tu sedarlah.harap mereka rasa bersalah.dan tidak melakukan perkara itu kepada org lain.mentaliti manusia sekrg.berani ambil kesempatan walaupun dihadapan mangsa....

1 comment:

Anonymous said...

Duit syiling berterabur atas jalan raya pun orang sibuk nak rembat. Lagikan pulak RM10. Haih. Apa nak jadi orang kita ni. Sedih.

~Zety~