CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Super Kawaii Cute Cat Kaoani
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 22, 2012

BIla realiti terbawa-bawa ke mimpi...

Mimpi..mainan tidur..ade yang sedih, menakutkan, menyeronokkan..dan saya malam tadi telah bermimpi..hehehhe..ni kategori lawak.belum pernah mimpi mcm tu.






Mimpi ape...hahahha..korang mesti gelak punye...ehem2...jadi YB a.k.a Yang berhormat...YB yang menang pilhanraya..siap di angkat-angkat tangan mcm WWF tu...siap dijulang-julang...ahahhaha...pastu bile dh kena julang baru tanya kat org tepi-tepi tu  saya menang DUN mne..kah3....jawapan diorang Puan Hani menang DUN batu 9, Putrajaya..saya siap boleh jawab..oooooooo..hahahahha

tapi ade ke Dun batu 9, Putrajaya tu.kah3........mimpi oh mimpi...hahhahahahhaha

kerana maxis, nasi lemak naik harga...


Hahahaha..boleh tak saya gelak dulu.sambung gelak dari malam td..hehehe..satu malam bila line maxis dah bertambah teruk akhir2 ni.hu3

saya : Assalamualaikum..kak rin..hani ni.

kak rin : W'salam, ye hani..

saya : tgh wtpe.

kak rin : duduk-duduk tgk tv...so, cmne?,,jadi nak order nasi lemak.

saya : jadi kak. nasi lemak 170 bungkus, kuih pau sambal pun 170 ketul,nnti akak siap pack ye. eh.ckp2 ni
         akak sanggup ke nk wat? pastu berapa agak2 anggaran harga kak. just tanya sbb nk sedia2 siap2
         hehehhe.

kak rin :hmm..ko nak sotong pink tu kan..akak charge satu kepala RM 6.50 (harga yg kedengaran di telinga
            ketika itu, sbb line tak bagus)..

saya : (dengan tnpa fikir2) ok la kak, jnji akak sanggup buat sbb dah malas nak crik org lain. sabtu petang ye
          kak. dalam pukul 5.45ptg saya datang amik. sbb nak pack air mineral lagi kt umah mak mertua nnti.

kak rin : ok lah..sabtu petang kita jumpa.

Dan selepas talian diputuskan..en suami terus cakap, yang..satu kepala RM 6.50??? mahalnya...saya pun meng iyekan. lantas saya buka kalkulator kt hand phone. APAAAAA???? total jadi RM 1105.00...en suami dah wt muka kelat.. saya pun cakap la..biar betul ni..sotong ape yang kak rin ni nak bagi saya.sampai RM 6.501 kepala ni.berbagai andaian kami berdua ketika itu.antara ayat2 suami yang cukup serius.

 " sampai RM 1K, habis duit khairat kematian abah, sbb byr nasi lemak je, tak dapat nak hajikan arwah"
 " sebelum kata ok tu, bincang la dulu, dan tanya kenapa mahal sangat"
 " abisla duit yang"
 " murah lagi nasi ayam pak mal tu"

ayat saya plk

 " eh, betul ke aku kire ni, smpai 1 K,(beranggapan kalkulator saya rosak)"
 " tak kan mahal sangat, sekali pack"

oleh kerana line maxis yang sengal tu, saya pun call balik kak rin si penjual nasi lemak tu untuk mendapatkan kepastian. Kali ni , saya pakai tepon umah plk.biar jelas nyata dan terang.hehhe

saya : hello.kak rin.hani tadi.

kak rin : ye..nak tambah kuih lagi ke..heheh

saya : nak tanya, nasi lemak tadi RM 6.50 satu kepala????

kak rin : bile pulak akak cakap RM 6.50???..akak cakap RM 2.50 la...

saya : hahahahhahahahahhahahahha......akak..saya salah dengar..alaaa..line maxis teruk la....line putus2...lain
         akak ckp, lain yang saya dengar

kak rin : ko igt akak ni nak bg sotong ape, smpai akak nk charge mahal2..hahahha

saya : sorry la kak,..saya salah dengar...gelak herry dengar ni,..hahha...ok la kak..dah jelas...tu yg saya call
         pakai tepon umah ni..untuk lebih terang..tahu tadi sya call gune tepon umah terus..hahahahhaha

kak rin : kaya cepat la aku kalau akak charge RM 6.50 hani oii..hahhahahah

saya : ok kak..ok kak...sorry la..salah dengar...

habis je...saya n suami bantai gelak besar smpai muntah..hahaha..sambil mengulangi kata-kata andaian dan ayat2 serius yg keluar dari mulut suami saya,....hahahhaha...bayangkan la, betapa seriusnye kami ketika itu...alih-alih salah dengar...maxis2..dah makin teruk line ni...ke telinga saya yg problem..tapi baru je korek..hahhahahahah

Thursday, March 8, 2012

Selamat Hari Wanita

Salam,

8 Mac, Hari Wanita..seronok jadi perempuan ni, hari wanita ada,hari ibu ada hehehhe.kepada kawan-kawan ku yang wanita, selamat hari wanita la ye. semoga kita selamat di dunia dan di akhirat. Sentiasa di bawah lindungan Allah...




Sebab hari wanita, gambar-gambar semua kena la wanita kan.hik3...hanya wanita tulen okeyyy..yang bukan tulen..no no no..hahhahahha

Wednesday, March 7, 2012

Alamak..kena bersedia ni....



14 Mar 2012 08:00 am Hingga 15 Mar 2012 08:00 pm
*SYABAS ingin memaklumkan tempoh masa gangguan bekalan air tersebut dianggarkan selama 36 jam iaitu bermula pada jam 8.00 pagi, 14 Mac 2012 (Rabu) sehingga 8.00 malam, 15 Mac 2012 (Khamis). Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti di Lampiran A. Sebagai persediaan, semua pengguna di kawasan tersenarai di lampiran A adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan tersebut. Walau bagaimanapun, sebahagian kawasan daripada 7 wilayah terlibat khususnya kawasan rendah berkemungkinan akan terus mendapat bekalan air dalam tempoh tersebut tanpa sebarang gangguan bekalan air kerana mendapat sumber daripada loji-loji rawatan yang lain termasuk LRA SSP2, SSP3, Sungai Langat dan Sungai Semenyih serta simpanan dalam kolam-kolam air yang tersedia.
Sebab Gangguan
Lain-lain
Keterangan
Kerja-kerja penggantian "Sluice Valve" bersaiz 800mm pam No. 7 di Rumah Pam Air Mentah (RWPH), pengantian "Delivery Sluice Valve" bersaiz 1350mm pam no.7 dan "Suction Butterfly Valve" bersaiz 1450mm di Rumah Pam Air Bersih (TWPH) dan serta kerja-kerja penyenggaraan "Feeder" elektrikal No.1 oleh pihak pengendali Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Selangor Fasa 1 (SSP1), iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH).

Kawasan Terlibat

WILAYAH PETALING
1. SS 1 & 6, PJ
2. SS 7, Kelana Jaya
3. SS 8, Trade Zone
4. SS 9A, Sg. Way
5. SS 20, Damansara Kim
6. SS 21 & 21A, Damansara Utama
7. SS 22, Damansara Jaya
8. SS 22 & 23, Kg. Sg. Kayu Ara
9. SS 24, Taman Megah
10. Ss 25, Taman Mayang Mas
11. SS 26, Taman Mayang
12. PJU 1, Bukit Mayang Mas, Kg. Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria..
13. PJU 1A, Damansara Idaman
14. PJU 3, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana
15. PJU 6A, Kg. Kayu Ara
16. PJU 7, Mutiara Damansara
17. PJU 8, Damansara Perdana & Bukit Lanjan
18. Taman Megah Mas
19. Bandar Utama
20. Tropicana Golf
21. TTDI & Pinggiran TTDI
22. Sg. Pencala
23. Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara
24. PJU 5, Pusat Perdagangan Kota Damansara
25. U9, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera
26. Seksyen 12 hingga 14, PJ
27. Kg. Melayu Subang
28. U3, Subang Perdana
29. U5, Mah Sing
30. Subang Bestari

Hulu Selangor

Kawasan Terlibat
1. Kg. Sg. Serai, Kuang
2. Kg. Kuang, Kuang
3. Kg. Cempedak, Kuang
4. Kg. Gombak, Kuang
5. Kg. Baru, Kundang
6. Kg. Melayu Sri, Kundang
7. Kg. Permata, Kundang
8. Taman Desa, Kundang
9. Bandar Baru Kundang
10. Kundang Jaya, Kundang
11. Taman Rajmat Jaya, Kundang
12. Taman Tasik Biru, Kundang
13. Kawasan Industri, Kundang
14. Keseluruhan Bandar Tasik Puteri

Kuala Lumpur

Kawasan Terlibat
1. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara
2. Kelab DiRaja Selangor
3. Bukit Kiara Resort
4. Pusat Sukan Bukit Kiara
5. Pusat Sains Negara
6. Suruhanjaya Sekuriti
7. Bahagian Teknologi Pendidikan
8. Pusat Konvensyen Sime Darby
9. Jalan Segambir
10. Jalan Belimbing
11. Jalan Setia Bistari
12. Jalan Setia Murni 1 hingga 12
13. Jalan Setia Budi
14. Jalan Setia Rasa
15. Jalan Setia Raya
16. Jalan Setia Jaya
17. Jalan Medan Setia
18. Jalan Setia Bakti
19. Jalan Setia Kasih
20. Plaza Damansara
21. Taman Seri Beringin

Klang / Shah Alam

Kawasan Terlibat
1. Seluruh Kawasan Sunway Kayangan
2. Seluruh Kawasan Subang Impian ( Jalan Pulau Indah)
3. Seluruh Kawasan Sunway Suria
4. Seluruh Kawasan Puncak Perdana
5. Seluruh Kawasan Sungai Kapar Indah
6. Seluruh Kawasan Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kg. Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya,
Bukit Kapar dan kawasan sekitar
7. Seluruh kawasan Kg. Delik Kanan
8. Seluruh Kawasan Kg. Delik Kiri
9. Seluruh Kawasan Kg. Delik Dalam
10. Seluruh Kawasan Kg. Delik Baru
11. Seluruh Kawasan Kg. Sungai Udang
12. Seluruh Kawasan Jalan Sg. Bertik
13. Seluruh Kawasan Jalan yadi
14. Seluruh Kawasan Jalan Batu Unjur
15. Seluruh Kawasan Jalan Kim Chuan
16. Seluruh Kawasan Taman Kim Chuan
17. Seluruh Kawasan Taman Bayu Perdana
18. Seluruh Kawasan Flat Sri Angkasa
19. Seluruh Kawasan Vista Indah Apartment
20. Seluruh Kawasan Bandar Puteri
21. Seluruh Kawasan Bandar Ambang Botanic
22. Seluruh Kawasan Taman Kota Permai
23. Seluruh Kawasan Bandar Botanic
24. Seluruh Kawasan Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2
25. Seluruh Kawasan Flat Pendamar Indah
26. Seluruh Kawasan Taman Sentosa
27. Seluruh Kawasan Bandar parklands
28. Seluruh Kawasan Kg. Idaman
29. Seluruh Kawasan Taman Gembira
30. Seluruh Kawasan Jalan Raja Lumu
31. Seluruh Kawasan Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A
32. Seluruh Kawasan Rumah Teres Teluk Gedung Indah A
33. Seluruh Kawasan Flat Pandamaran Indah
34. Seluruh Kawasan Kg. Pandamar
35. Seluruh Kawasan Jalan Tengku Badar
36. Seluruh Kawasan Persiaran Raja Muda Musa
37. Seluruh Kawasan Jalan Kastam
38. Seluruh Kawasan pandamaran
39. Seluruh Kawasan pandamaran jaya
40. Seluruh Kawasan Taman Telok Gedung Besar
41. Seluruh Kawasan Sobena Jaya, Pendamar

Kuala Langat

Kawasan Terlibat
1. TMN PERWIRA SIJANGKANG
2. TMN SRI MEDAN SIJANGKANG
3. MITER PUKAL - KEBUN BARU KE BKT KEMANDOL
4. TMN SIJANGKANG INDAH SIJANGKANG.
5. TMN SIJANGKANG JAYA
6. RANCANGAN RUMAH MURAH SIJANGKANG
7. BT 8 SIJANGKANG
8. BT 8 1/2 & BT 9 KG MEDAN SIJANGKANG
9. BT 9 KG MEDAN
10. BT 9 SIJANGKANG
11. BT 10 KEBUN BARU
12. LADANG TELOK TLK PANGLIMA GARANG
13. TMN SRI PANGLIMA T P GARANG
14. TMN PANGLIMA T P GARANG
15. TMN DATO HORMAT TPG
16. TMN EMAS TPG
17. TMN HALIJAHTON TPG
18. TMN DESA WIRA TPG
19. TMN INDAH JAYA TPG
20. JLN KENANGA SIJANGKANG
21. TMN TELOK TPG
22. TMN GEMBIRA (JAYA UTAMA) TPG
23. TMN JAYA UTAMA TPG
24. TMN PAHLAWAN
25. TMN MEDAN INDAH TLK P GARANG
26. TMN PERKASA TPG
27. TMN PERTIWI (J/PERTIWA 1 3 5) TPG
28. KG MUJAHIDDIN BT 9 KEBUN BARU
29. JLN GOTONG ROYONG BT 8 SIJANGKANG
30. JLN TELOK MENGKUANG TPG
31. JLN KUBUR TPG
32. TMN DESA WIRA TPG
33. JLN MANGGIS KG MEDAN
34. JLN PISANG KG MEDAN
35. JLN HELANG KEBUN BARU
36. JLN MERAK KEBUN BARU
37. JLN SEKOLAH BT 9 KEBUN BARU
38. JLN MURAI BT 9 KEBUN BARU
39. JLN SIANTAN BT 10 KEBUN BARU
40. JLN MASJID BT 10 KEBUN BARU
41. JLN CEMPAKA BT 10 KEBUN BARU
42. JLN ENGGANG KEBUN BARU
43. JLN RAJAWALI BT 9 KEBUN BARU
44. JLN BESAR SIJANGKANG
45. LADANG TELOK TPG
46. KAW.KILANG KEBUN BARU/TPG.
47. PEKAN TELOK TPG


Maklumat Tambahan
Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan [PUSPEL] menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL, dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan "facebook" dengan menaip "puspel" atau "puspel syabas".

Tuesday, March 6, 2012

DIa Datang Lagi...

Salam,

Dia datang lagi...tapi untuk yang ni, saya tak join la.al maklumla dah memborong akhir tahun haritu.sekarang ni kena fokus kepada kenduri kawin adik saya. sesapa yang teringin jenguk-jenguk tu silakan lah ye. memang cantik, selesa dan berbaloi..takpe-takpe lepasni mesti ada lagi. dekat-dekat raya mesti ada punya...kalau jenguk-jenguk sekarang big bos a.k.a hubby mesti jegil mata.hik3....


Yang berdekatan dengan Shah Alam, Seksyen 7 belakang tempat kerja saya je...pagi-pagi lalu, saya pandang sipi-sipi je..kalau pandang betul-betul takut tergugat iman..hahahhaha

Monday, March 5, 2012

Debaran Semakin Terasa

Salam,

Selamat hari isnin. sejuk-sejuk.pagi-pagi lagi dah kena hujan. dah la isnin ye.hujan pulak tu. bertambah mengantuk.hmmm..


seronoknya semalam, balik kampung walaupun untuk beberapa jam. sesuatu yang sangat menenangkan hati. hilang tension, terasa indah je.hehehe..dapat jumpa safiya kenit yang sungguh banyak ragam tu.sudah semakin bijak dia sekarang.hehehe.hilang rindu pada dia.dan bila di kampung mula dah nampak barang-barang persediaan perkahwinan cecunun..cecunun..hanum la..adik perempuan saya .the only one tu.kad jemputan,air kotak, paper bag, barang hantaran, dan nampaknya pintu-pintu di rumah tu pun dah di cat dengan minyak. aduhh..sudah semakin hampir waktunya.

hehehe.kakak nye pun nk juga inteframe..






Sedikit perbincangan dibuat semalam dengan suasana yang santai dan penuh dengan gelak tawa. ada upacara menandatangani borang kawin. pak wali ,bukan wali band ye..sign borang.hehehhe...kami semua cabar pak wali untuk menikahkan anum. dia sahut cabaran.tapi..hahahha..bukan boleh caya pak wali tu. kang last2 minute lain jadinya. kalau bertukar fikiran si anum dah siap bagi borang untuk wakil wali.hahhahaha...dah siap bg pilihan memang tak la pak wali nak sahut cabaran tu.. pak wali???..ashyraf la...hahhaha..

Dalam gelak-gelak tak ingat dunia tu..akhirnya baju yang akan saya pakai sabtu ni tertinggal..nasib baikla adik saya nak balik kampung malam ni untuk barang sekejap..kalau tak, tak berbaju baru la saya sabtu ni untuk pergi kenduri kawin rumah sedara suami saya. kann..orang yang kawin kita pulak yang sibuk buat baju..apa nak buat.untuk nmpk lebih vouge...hahhahah








Saturday, March 3, 2012

lambaian ka'abah.

Salam,

Ya Allah, Makbulkanlah doa ku untuk menjadi tetamuMu satu hari nanti..


seronok.baru lepas call mak td. dapat lepaskan rindu.walaupun hanya dengar suara.takpe2 esok hani n herry balik ye.dapat balik hari pun jadilah.itulah kuasa hubungan kekeluargaan yang sangat rapat. kite tak dapat balik kg, adik-adik dan mak datang rumah kami. bila free2 plk, kami balik kg. adat ziarah menziarahi sentiasa ada dalam keluarga kami. wajib dipraktikkan tu tau kawan-kawan. jangan sebelah pihak je yang beria-ia menziarah, yang sebelah pihak lagi lupa keluarga. dunia ni sementara, rugi kalau tak hargai..

ok2..ke lain pulak ye.almaklumla..banyak benda dalam kepala ni.semua nak ditulisnya.ber balik kpd tajuk besar.InsyaAllah mak saya akan ke tanah suci mekah tahun ni. Alhamdulillah surat tawaran dah sampai.seronok dengar mak ckp td.saya tumpang gembira untuk dia. InsyaAllah akan diiringi oleh adik lelaki saya iaitu asyraf dan mama safiya, ema. InsyaAllah..

tercapai juga hajat mak. kagum dengan mak.menabung dan mendaftar kan diri awal. menabung walaupun tanpa sokongan abah yang telah 'pergi'. kagum dengan mak, walaupun gaji hanya sedikit, kagum dengan dia.sangat-sangat. dialah insan yang pandai menyimpan. mungkin berkat dan hikmah nye orang yang suka bersedekah. kalau kawan-kawan nak tahu,mak saya suka sangat bersedekah. tak mcm saya ni,nak sedekah pun pilih-pilih. rase nak bagi, baru bagi. tapi mak saya tak, tanpa fikir panjang, asal nmpak org minta sedekah, pasti akan dihulurkan derma. mungkin dengan itu, gaji yang sedikit pun berkat. boleh kumpul untk pergi haji.

Semoga mak panjang umur dan dapat menunaikan ibadah haji pada tahun ni.. saya???...InsyaAllah ..sekarang sedang berusaha mengumpul.tapi belum daftar lagi.dah sampaikan hajat ni kepada suami untuk bersama-sama daftar dan menjadi tetamu Allah satu hari nanti. suami saya pun dah setuju.tengah usaha nak cukupkan amaun yang dikehendaki untuk mendaftar sebagai bakal haji.

Orang kata kalau niat nak pegi pun dah dapat pahala.Wallahuaklam...;-)