CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Super Kawaii Cute Cat Kaoani
Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 5, 2012

Debaran Semakin Terasa

Salam,

Selamat hari isnin. sejuk-sejuk.pagi-pagi lagi dah kena hujan. dah la isnin ye.hujan pulak tu. bertambah mengantuk.hmmm..


seronoknya semalam, balik kampung walaupun untuk beberapa jam. sesuatu yang sangat menenangkan hati. hilang tension, terasa indah je.hehehe..dapat jumpa safiya kenit yang sungguh banyak ragam tu.sudah semakin bijak dia sekarang.hehehe.hilang rindu pada dia.dan bila di kampung mula dah nampak barang-barang persediaan perkahwinan cecunun..cecunun..hanum la..adik perempuan saya .the only one tu.kad jemputan,air kotak, paper bag, barang hantaran, dan nampaknya pintu-pintu di rumah tu pun dah di cat dengan minyak. aduhh..sudah semakin hampir waktunya.

hehehe.kakak nye pun nk juga inteframe..






Sedikit perbincangan dibuat semalam dengan suasana yang santai dan penuh dengan gelak tawa. ada upacara menandatangani borang kawin. pak wali ,bukan wali band ye..sign borang.hehehhe...kami semua cabar pak wali untuk menikahkan anum. dia sahut cabaran.tapi..hahahha..bukan boleh caya pak wali tu. kang last2 minute lain jadinya. kalau bertukar fikiran si anum dah siap bagi borang untuk wakil wali.hahhahaha...dah siap bg pilihan memang tak la pak wali nak sahut cabaran tu.. pak wali???..ashyraf la...hahhaha..

Dalam gelak-gelak tak ingat dunia tu..akhirnya baju yang akan saya pakai sabtu ni tertinggal..nasib baikla adik saya nak balik kampung malam ni untuk barang sekejap..kalau tak, tak berbaju baru la saya sabtu ni untuk pergi kenduri kawin rumah sedara suami saya. kann..orang yang kawin kita pulak yang sibuk buat baju..apa nak buat.untuk nmpk lebih vouge...hahhahah








Saturday, March 3, 2012

lambaian ka'abah.

Salam,

Ya Allah, Makbulkanlah doa ku untuk menjadi tetamuMu satu hari nanti..


seronok.baru lepas call mak td. dapat lepaskan rindu.walaupun hanya dengar suara.takpe2 esok hani n herry balik ye.dapat balik hari pun jadilah.itulah kuasa hubungan kekeluargaan yang sangat rapat. kite tak dapat balik kg, adik-adik dan mak datang rumah kami. bila free2 plk, kami balik kg. adat ziarah menziarahi sentiasa ada dalam keluarga kami. wajib dipraktikkan tu tau kawan-kawan. jangan sebelah pihak je yang beria-ia menziarah, yang sebelah pihak lagi lupa keluarga. dunia ni sementara, rugi kalau tak hargai..

ok2..ke lain pulak ye.almaklumla..banyak benda dalam kepala ni.semua nak ditulisnya.ber balik kpd tajuk besar.InsyaAllah mak saya akan ke tanah suci mekah tahun ni. Alhamdulillah surat tawaran dah sampai.seronok dengar mak ckp td.saya tumpang gembira untuk dia. InsyaAllah akan diiringi oleh adik lelaki saya iaitu asyraf dan mama safiya, ema. InsyaAllah..

tercapai juga hajat mak. kagum dengan mak.menabung dan mendaftar kan diri awal. menabung walaupun tanpa sokongan abah yang telah 'pergi'. kagum dengan mak, walaupun gaji hanya sedikit, kagum dengan dia.sangat-sangat. dialah insan yang pandai menyimpan. mungkin berkat dan hikmah nye orang yang suka bersedekah. kalau kawan-kawan nak tahu,mak saya suka sangat bersedekah. tak mcm saya ni,nak sedekah pun pilih-pilih. rase nak bagi, baru bagi. tapi mak saya tak, tanpa fikir panjang, asal nmpak org minta sedekah, pasti akan dihulurkan derma. mungkin dengan itu, gaji yang sedikit pun berkat. boleh kumpul untk pergi haji.

Semoga mak panjang umur dan dapat menunaikan ibadah haji pada tahun ni.. saya???...InsyaAllah ..sekarang sedang berusaha mengumpul.tapi belum daftar lagi.dah sampaikan hajat ni kepada suami untuk bersama-sama daftar dan menjadi tetamu Allah satu hari nanti. suami saya pun dah setuju.tengah usaha nak cukupkan amaun yang dikehendaki untuk mendaftar sebagai bakal haji.

Orang kata kalau niat nak pegi pun dah dapat pahala.Wallahuaklam...;-)

Friday, March 2, 2012

jiran oh jiran..

Salam,


jiran.cerita ni baru-baru je.hmm..bukan nk mengata atau memburukkan org.tapi sekadar berkongsi rasa.bermula hidup sebagai suami isteri dan tinggal di rumah sendiri adalah satu kelebihan.ada yang baru kawin masih belum di beri rezeki rumah sendiri...

jiran ku seorang muallaf (cina masuk islam)..semenjak bernikah kali kedua ni memang jarang sekali menjenguk rumah nye yang kosong.dulu ade orang sewa.tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan rumah tu kembali kosong.dan bila rumah tu kosong dan tidak dihuni, depan rumah dia dah tentu kosong tanpa kenderaan..tapi...tanpa disangka dia yang jarang-jarang menjenguk rumah tak suka depan rumah dia tu orang tumpang parking. yang jadi mangsa adik saya la..hmm..

tanpa disangka dia jumpa suami saya dan berkata "kereta sape yang parking depan umah aku ni ha, aku tak nak tengok kereta tu ada kt situ lagi lepasni" tanpa sempat suami saya berkata apa-apa...hmmm..tak sangka dia macam tukan. sedangakan kereta adik saya tu tak la mengganggu kalau dia nak masuk rumah dia pun.tak rapat dengan pagar dia pun.dan dia bukan ada kereta pun.kalau datang jenguk rumah hanya bermotosikal sahaja.

mungkin memang salah pihak saya.tapi kenapa tak nak ckp elok2 kan...tapi..bagi saya la, dia tak duduk sini so kita tumpang tak salah kot. sambil-sambil tu kita boleh juga tolong tengok2kan rumah dia. ye la sebelah rumah kan.kalau jiran-jiran saya park kereta depan rumah saya , contoh time raya, sedare mara jiran datang..saya sikit pun tak marah.tak kisah pun.kita pun faham.parking terhad..hmm

tapi nak buat macammana..dah dapat jiran macam tu,..layan jela...kesian suami saya tak pasal-pasal kena. kesian kt adik saya pun jadi mangsa..say pun dh mula hilang hormat dgn jiran saya tu.. tapi layan kan je la..bukan selalu jumpa pun...entah-entah nama saya pun dia tak igt.hehehhehe

adab berjiran

sentiasa melemparkan senyuman
 menjaga hati jiran
memberi teguran secara berhemah






terukir di bintang tak mungkin hilang cinta ku padamu...






Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


special for alya's mama..

nak balik kampung...

Nak balik kampung...tapi en hubby kje wajib sabtu ni..tapi takpe lah.dia janji nak bawak saya balik kampung ahad ni, tak tido pun takpelah..janji balik..hehehe..ade cuti lagi nanti boleh la tido kat kampung. hmmm..bulan 4 ni harap boleh balik kampung kerap sikit sebab adik nak kawin...;-)

"syurga" yang pernah ku diami dulu...sekarang dah kawin kena la duduk umah sendiri...hu3

Kreatif dan kelakar..

Salam,

TV3 ni memang kreatif..smpaikan boleh edit lagu + movie hindustan..kelakar..he3..


kelakar kan..hahhahaha