CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Super Kawaii Cute Cat Kaoani
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 14, 2011

Dalam dilema..

Assalamualaikum...

hehehe...lme tak menjenguk ye.biasela.tuntutan kerja dan kenduri kendara umah sedare-mare...

siap print lagi tu..;-)







 kawan-kawan gomen dah bace ke..saya baru print harini.haritu jenguk2 kat PC je.tapi tiba-tiba saya print harini.nape ntah.hehehhe...belum khatam lagipun.baca sikit-sikit je...sebenanrnya nak kena ada taklimat baru boleh faham pekeliling baru ni.hmm...kepada yang sedang membaca..selamat membaca,,,;-)

saya sedang dalam dilema untuk memilih ni..ape2 pun tunggu taklimat...;-)

Thursday, November 24, 2011

Setelah sawang di bersihkan...

Salam...Haiii..MasyaAllah...bersawang sudah.cik honey sibuk skit.dan mood utk menulis tak kunjung tiba. nk buat mcm mne,sepanjang bulan2 yg kebelakangan ni cik honey sedang membiasakan diri dgn tugas baru bermula 1 okt haritu..

Wokeh..sepanjang bertapanya cik honey..banyak la perkara2 yg telah cik honey lalui..cewah..ayat..he3...antaranya..konvokesyen sii bongsu cik honey..Asrar.habis juga diploma nya..dan sekarang sedang sambung ke degree pulak...

Kat sini cik honey load le sikit gambar2 sekitar majlis tu...selamat menengok ye..;-)

family cik honey

Mama safiyya n safiyya..;-)

tunggu safiyya konvo plk ye...yeaahhh..

si bongsu

adik2 yang sengal

chill...

Friday, October 7, 2011

::ANAK::

Anak...Sedang berehat-rehat di waktu rehat yang panjang ni..seorang sahabat menceritakan satu kisah yang tidak diketahui apa puncanya.kenapa? dan mengapa?..Seorang ibu dan seorang anak perempuan yang agak kecil dilihat seperti mempunyai pertalian darah. Tanpa memikirkan keadaan sekeliling, Si ibu sedang menampar - nampar,mengetuk kepala sang anak didalam sebuah kenderaan..eh..kenapa tu?..ish3...

Mungkin ada sebabnya yang kita tidak ketahui, mungkin si anak sudah mendatangkan kemarahan kepada si ibu..sehingga si ibu melakukan sedemikin...tapi.....



Bagi cik Honey, marah itu ada caranya, pukul itu ada caranya, menegur itu ada caranya. Mungkin cik honey masih belum layak untuk menulis tatacara mengendalikan anak..tapi, sebagai manusia, sebagai insan, sebagai hamba Allah...kita kena peka juga. ye dak..

Kepada kawan-kawan ku,..hargailah anak - anak mu.walaupun sejahat manapun anak itu, sedegil mana pun anak itu. Tegurlah dengan cara yang berhemah dan cara yang munasabah. Anak itu anugerah yang tak ternilai dan anda semua insan yang dipilih oleh Allah untuk memilikinya...Kalau anda semua di tempat cik honey, anda semua akan tahu betapa sedihnya hidup tanpa seorang zuriat...Dan cik honey dan suami berusaha dan berdoa menanti keajaiban itu.... 

Thursday, October 6, 2011

Good Bye Bank Recon, Hello Pendahuluan...adehhh...

Tak nakkkk....hu3...tapi akan daya.cik honey hanya yang menurut perintah.6 tahun cik honey bercinta dengan bank recon ni.akhirnya dgn paksa rela, terpaksa juga kite berpisah ye.teringat di ketika di temuduga kerja dahulu "sekiranya cik hani(mase tu cik lagi la..hehhee) ditawarkan berkerja di UiTM ni,adakah cik hani setuju sekiranya di pindahkan ke mana-mana jabatan dan di tukarkan tugasan?" demi nak dapat kerja punya pasal naik ke bulan pun cik honey setuju dan rela...kih3(dalam hati laaa)," setuju encik"

Dan setelah 6 tahun berada di UiTm dihatiku ni, senarai tugas hakiki terpaksa bertukar tangan.hanya pertukaran dalaman sahaja,takde pindah-pindah opis tau..hehehe..masih di bahagian pengurusan akaun & sistem lagi...bermula semalam,cik honey n bos i en amin, dok mengajar kawan - kawan yang akan mengambil alih tugas kami. berpinor la juga mata,sbb pakai slide kan..fening semcm jew...


Dan sehingga kesaat ini,cik honey sedang memperkemaskan fail-fail untuk diserahkan kpd 'cinta baru' bank recon...cedihhh...kusut...serabut...bayangkan lah ye,ibarat bercinta dah bertahun, terpaksa putus dek sbb kerana ibu bapa tak setuju dengan percintaan kita...macam mana korang rasa..sakit kann...

lagu-lagu di PC pun cik honey pasang lagu-lagu sedih putus cinta...adoiii...sedih-sedih...Selamat tinggal bank recon....Doakan cik honey bahagia dengan tugasan baru ye...;-)

Friday, September 30, 2011

Get Well Soon...

Salam,


Ala, safiya comel demam.baru call mak tadi.dah 3 hari si comel demam..igtkan call tadi nk dengar suara dia. rupe2nye mak dalam kereta tgh n ronda-ronda cari yang arif untuk minta air penawar utk si comel.cepat baik ye safiya.minggu depan mak long bwk kan hadiah ye....

Thursday, September 29, 2011

Macam mana boleh terbawak ni..sumpah tak perasan...adehhh..

Salam,

burrpp..kenyang nye.harini cik honey bawak bekal.cayalah.bihun goreng gitu.hik3.tapi kt opisni mcm2 plk makanan ade.nasi lemak ade,nasi putih ade,ayam masak lemak pn ade.so,kne la rase skit2 ye.hehehe.

wokey,cik honey nk tanya 1 soalan.korang semua kenal ini?



kih3..kalau tak kenal meh cik honey bagi tau.ini ialah remote air cond. pagi ini, cik honey dh terbawak g kje.tak percaya? kannn..hahahha..nk tergelak pun ade. Masa bile benda ni termasuk sekali dlm beg tangan cik honey pun x perasan.

Bila sampai opis, tgh dok godek2 barang dlm beg,tibe2 terpandang sesuatu yang jarang ada dlm beg. Ya Allah, bile mase la benda ni boleh termasuk kt dalam beg ni???..adehhh...nasib baik perasan dari awal.Kalau tak, tak lena en suamiku nak tido.dahle takde kipas dalam bilik tu....

Hehehe..nasib baik en suamiku masih ada kat umah mak mertua ku. baru jap tadi mintak en suami ambik benda tu kat opis cik honey ni. Ampun ye bang. Tapi, bagus juga sebab....dah lama tak tengok muka en suamiku.terubat juga rindu ni..ye la...minggu ni kan en suamiku kerja syif malam...;-)

p/s: agaknye remote tu sekali masuk dengan handphone kot..sebab dok betulkan selimut,tangan dok angkut semua barang atas katil...hehehe.

Wednesday, September 28, 2011

Cik Honey faham..sabar ye...

Salam,

Harini macam kurang jenguk fb. maklumle, keje men settlekan keje akhir-akhir bulan ni. hmm...Dan bile terbace satu status kawan cik honey ni, rase sedih..Walaupun ayat yang ringkas tapi sangat bermakna. Yela, kami di situasi yang sama tapi tak serupa. Tapi tak tau la betul ke tak tekaan cik honey ni.hik3.

Tahun 2011 lagi 3 bulan je nak berakhir. Tahun depan 2011 umur cik honey dah masuk 3 series. tahun perkahwinan pun dah 6 tahun. Doa tidak berhenti utk mohon Allah makbulkan hajat cik honey utk memiliki zuriat sendiri. Cik honey rase kawan cik honey punya perasaan yang sama. sabar ye kawan, kita hanya mampu usaha,doa & tawakal. Yang selainnya Dia yang lebih mengetahui..



Mungkin dengan diduga sebeginilah Allah mahu kita lebih dekat denganNya. Dan mungkin dengan cara ini lah Allah mahu kita bersihkan segala dosa-dosa kita yang lalu. dan bila diduga beginilah, dapat menyedarkan kita betapa kecilnya kita di sisiNya. Bila mendengar kawan-kawan yang senasib dengan cik honey lebih dahulu mendapat berita gembira, macam-macam perasaan ada, sedih tanda gembira ada,sedih rase cemburu pun ada, teruja..dan  berangan-angan...kalau aku ditempat mereka,alangkah indahnya...

Tapi cik honey pasrah dengan apa yang Allah telah 'susun' kan. Tapi jiwa dan hati cik honey akan lemah dan meruntun bila, melihat en suami, sedih+diam+murung bila cik honey khabarkan berita gembira usaha kawan senasib telah berhasil. Ketika itu, cik honey jadi buntu, dan ketika itu juga air mata cik honey mengalir tanpa henti. Dan hanya dengan itu lah cik honey hati cik honey boleh kembali ok.

Kesian juge tgk dia,tapi nak buat macam mana.1 kali dia sedih,cik honey lg berganda sedih. Dan hingga detik ni, cik honey sedang berusaha...doakan kami ye..kepada kawan senasib ku, kita sama-sama sabar dan berdoa ye..;-) Manalah tahu, dapat sekali 2 baby ke...Amin......