CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Super Kawaii Cute Cat Kaoani
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 28, 2011

Cik Honey faham..sabar ye...

Salam,

Harini macam kurang jenguk fb. maklumle, keje men settlekan keje akhir-akhir bulan ni. hmm...Dan bile terbace satu status kawan cik honey ni, rase sedih..Walaupun ayat yang ringkas tapi sangat bermakna. Yela, kami di situasi yang sama tapi tak serupa. Tapi tak tau la betul ke tak tekaan cik honey ni.hik3.

Tahun 2011 lagi 3 bulan je nak berakhir. Tahun depan 2011 umur cik honey dah masuk 3 series. tahun perkahwinan pun dah 6 tahun. Doa tidak berhenti utk mohon Allah makbulkan hajat cik honey utk memiliki zuriat sendiri. Cik honey rase kawan cik honey punya perasaan yang sama. sabar ye kawan, kita hanya mampu usaha,doa & tawakal. Yang selainnya Dia yang lebih mengetahui..



Mungkin dengan diduga sebeginilah Allah mahu kita lebih dekat denganNya. Dan mungkin dengan cara ini lah Allah mahu kita bersihkan segala dosa-dosa kita yang lalu. dan bila diduga beginilah, dapat menyedarkan kita betapa kecilnya kita di sisiNya. Bila mendengar kawan-kawan yang senasib dengan cik honey lebih dahulu mendapat berita gembira, macam-macam perasaan ada, sedih tanda gembira ada,sedih rase cemburu pun ada, teruja..dan  berangan-angan...kalau aku ditempat mereka,alangkah indahnya...

Tapi cik honey pasrah dengan apa yang Allah telah 'susun' kan. Tapi jiwa dan hati cik honey akan lemah dan meruntun bila, melihat en suami, sedih+diam+murung bila cik honey khabarkan berita gembira usaha kawan senasib telah berhasil. Ketika itu, cik honey jadi buntu, dan ketika itu juga air mata cik honey mengalir tanpa henti. Dan hanya dengan itu lah cik honey hati cik honey boleh kembali ok.

Kesian juge tgk dia,tapi nak buat macam mana.1 kali dia sedih,cik honey lg berganda sedih. Dan hingga detik ni, cik honey sedang berusaha...doakan kami ye..kepada kawan senasib ku, kita sama-sama sabar dan berdoa ye..;-) Manalah tahu, dapat sekali 2 baby ke...Amin......

No comments: