CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Super Kawaii Cute Cat Kaoani
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 8, 2011

Mawar putih untuk mama

Selamat hari ibu...to mak cik honey Puan Siti Maripatun,mak mertua cik honey Puan Ainul Martiah, my lovely sis in law Nor Herma...this song dedicated to all of you..amboi speaking london....hahaha..terima kasih kerana membesarkan cik honey ye mak,kpd mak en suami ..terima kasih kerana terima cik honey jadi menantu..n to ema, terima kasih kerana lahirkan Nur Irdeena Safiya yang tomel tu....

Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku

Saturday, May 7, 2011

permulaan baru

kesedihan pemergian abah.masih terase hingga skrg.tapi..yang hidup ni knela teruskan kehidupan.sehingga giliran kite pula di Jemput Allah...permulaan baru dgn kegembiraan mnerima bakal adik ipar.cik honey nk dpt adik ipar lelaki le plk.kt sni ade lackit gambar2 yg ado..selebihnya tgk kt ye...


ade gambar si kenit safiya sbb malam tu wt cukur jambul dia...

Friday, April 29, 2011

hampir 40 hari tidak ada mood utk menulis...

Salam,

tik tok tik tok...hampir 40 hari tidak menjenguk blog ni..kenapa dan mengapa..hmm...igt tak kisah2 n cerita2 ayah mertua cik honey??..hu3..Allah lebih menyayangi dia.Abah dh takde,abah dah tinggalkan kami,abah sudah jauh drpd kami..tapi masih dekat di hati.


25 mac 2011,2.11 pagi..Hosp selayang.abah "pergi" meninggalkan kami..cik honey n cik suami terlewat beberapa minit je.klau tak hujan lebat mse tu,mesti sempat..tapi sudah ditakdirkan kami tak dpt jumpa dia..yg kami sempat tgk,sekujur tubuh yg sudah tidak bernyawa lagi.tak tergambar perasaan ketika itu.sedih melihat en suami menggerakkan tubuh abah yg sejuk,sambil memanggil-manggil nama abah."abah,abah,bangun bah,sye dtg bah",,cik honey hanya terkedu,,pertama kali melihat en suami terlalu sedih..luluh rse hati melihat en suami begitu.dan sepantas kilat air mata cik honey mengalir , mengalir dan mengalir..."kosong" ketika itu..

Dalam hati,berkata "abah,kenapa "pergi" dlu,maafkan honey krn tak dpt bg cucu kt abah smpai abah "pergi"."abah,abah yg selalu backing honey dlm apa je perkara,"selepasni spe yg nak layan honey,nk gurau dgn honey klu honey dtg umah abah""sape nk makan ikan pari yg abah suke""gulai daging"..

kalau tahun 1990 dlu cik honey di "tinggalkan" abah cik honey dan skrg 2011, di "tinggalkan" abah...tapi.cik honey menerima Qada dan QadarNya.sbb, setiap yg berlaku ada hikmahnya.cik honey redha Dia "ambil" abah,sbb kami tak sanggup melihat derita abah ketika sedang kanser tu menyerang.

Alhamdulillah,abah selamat bersemadi..."Ya Allah,ampunkan lah dosa abahku,jauhkan abahku dari siksaan kubur,jauhkan abahku dari api neraka,Kumpulkan abah kpd org yang soleh,beriman dan para shuhada',dan..cucurilah rahmat ke atas roh abahku..amin...ya Rabbal 'Alamin...

Wednesday, March 23, 2011

Cerita RM 10

Salam.

Kenyangnye cik honey harini.UiTM negeri datang utk hantar penyata dan mcm biasa ade makan-makan.cik honey join la sekali ni.masak lemak cili api ayam+sayur campur+buah tembikai+air sirap...Alhamdulillah.rezeki utk harini.



Hmmm..ckp pasal makan.semalam....di suatu petang yg hujan.cik honey beli makanan utk di bawa ke hosp.sembang punya sembang.cik honey ajak en suami ke sek 6,Shah Alam.ada ikan bakar kt situ.hmmm..sedap tu...Dan sedang cik honey mencedok gulai daging,cedok nasi,pilih2 ikan bakar.....terjadila satu cerita yg cik honey tak tahu nak kata apa.marah,sedih,kecewa,gembira..hmm..tak tahu nk gambarkan.

Nak jdkan cerita kocek en suami berlubang,dan cik honey tak tahu yg dia pakai seluar yg kocek berlubang tu...dan bila en suami tersalah simpan,berjatuhan lah duit tu ke lantai..RM 1,RM 1,RM 5,RM 5 dannn RM 10....

Cik honey tak berapa nak perasan duit tu jatuh.tapi sempat la perasan yg en suami tertunduk2 seperti mengambil sesuatu di lantai...dan akhirnya cik honey nmpak duit tu jatuh....dan selepas dibayar semua lauk yg telah di kehendaki.kami pun bergegas ke kereta krn org semakin ramai di kedai tu.

Tapi yg peliknya en suami memandang ke restoran tersebut dgn pandangan yang tidak puas2..Kenapa ye...Dan bila en suami bercerita, disebalik not-not RM yg jatuh ke lantai tu..ada pengutip prihatin "MEMBANTU" en suami.seorang lelaki berbadan besar..yang diatas mejanya ada burger KFC.dan bersamanya ada 4 orang lelaki yg agak tua/sedang2 tua.en suami cakap,dia perasan lelaki tu tunduk mengambil wang itu.en suami igtkan nk pulang pd kami.sekali dia ambil dan tanpa berkata apa2 /tiada niat utk pulangkan semula duit tu..Sampaikan cik honey tertanya... Adakah ini rakyat Malaysia.mengambil kesempatan.mungkin cik honey tak kisah tentang duit tu.tapi cik honey kecewa dgn sikap manusia tu.bila en suami memandang mereka dgn harapan duit itu dipulangkan,mereka buat2 tak pandang.kejamnya.

En suami memang yakin RM 10 tu adalah duit kami.tapi en suami tak nak gaduh.dia hanya diam smpai ke kereta.baiknya la en suami ni.ye...tapi hmm entahla...dah tak terkata,...sebelumni cik honey pernah juga nmpak ade org terjatuh duit.tapi kita tak niat pun nak tolong kocek kan utk dia.sepatutnya bila dah nmpak tu cepat2 la kejar org tu utk pulangkan.

Harap2 encik2 yg semalam tu sedarlah.harap mereka rasa bersalah.dan tidak melakukan perkara itu kepada org lain.mentaliti manusia sekrg.berani ambil kesempatan walaupun dihadapan mangsa....

Mak Long

Salam..

Dah lama cik honey x memblog.busy ckit dgn hal2 peribadi.dan sepanjang busy la sgt ni,cik honey da tambah satu title.bukan datin atau datin sri,tapi Mak Long..rase mcm dh tua sgt.heheh,tapi tua dihati je,muka muda lagi.hik3...Nak tgk anak Mak Long??jeng3..



Cute kan....nama pun secantik dia..NUR IRDEENA SAFIYA...Hmm..pengarang jantung dan hati kami satu family.teruja sgt2...rase lain sgt bile bertambah ahli keluarga.rase happy je.walaupun bukan anak sendiri.sedikit sebanyak merawat kesedihan hati ni.



Tak sabar ni nak balik kampung pertengahan bulan 4 ni.sory la cik kenit.mak long tak boleh balik tiap minggu.sbb mak long ni byk perkara yg sentiasa nk diselesaikan.urus hal peribadi n hal abah mak long....

Wasalam.

Friday, March 18, 2011

Intekma resort,Shah Alam...

Salam.



burrppp..kenyangnye.baru lepas mkn burger ni.hehe.aii cik honey.xkenyang ke mkn kt intekma td?penat+panas....smpai ofis terus pegi cafe cari air+burger+buah...Alhamdulillah.

Kawan2 nk tahu..harini cik honey menghadiri mesyuarat agong tahunan kelab bendahari.cikhoney pegi naik bas UiTM..hehehe.lawaknya,besar basnye,tapi yg naik hanya 5 org..hik3.rupenye ramai bwk kerete sendiri.cik honey malas nk bwk kereta ke sne sbb parking dh le payah,n cik honey pn tak berapa nk expert le nk mncelah parkingni.

smpai2 je mesyuarat belum bermula.tulis kedatangan n terus masukke dewan.uihhh panasnye.air cond ade ke takde ni?tak kan belanja berhemah smpai mcmni sekali.sepanjang mesyuarat rse hangat je makin panas bila time mkn tak tibe2,he3.lapar sbb x breakfast lagi.

Dan bile time mkn,cik honey kembali ceria.nasi lemak ada,mee goreng ada,kuih2 n buah2.rasa makanan???hmmm...biase2 je.makanan hotel,mne nk sme dgn masak sndiri kan..everything less...

acara demi acara ada,merai org pencen,merai pemenang2 sukan dan cabutan bertuah.tahuni cik honey tak bertuah.satu hadiah pn tak dpt.smpaikan cenderahati mug pn xdpt,sbb dtg lmbat.tapi takpe,urusetia jnji nk bg kannn...i'm waiting...hehhehe

Dan meeting berakhir 12.30tgh hari..dn sekali lagi cik honey naik bas utk balik.tapi bertiga je,sbb member 2 org balik dgn bos...

Itulah kisah cik honey utk harini.esok klu cikhoney free,cik honey tulis lagi kisah hidup seharian...tgh rajin memblog ni.sje suke2utk isi hati yg tgh kosongni...

Wasalam...

Thursday, March 17, 2011

Harapan, Doa, Usaha & tawakal.

Salam..

Ya Allah,besar sungguh dugaan Mu.Hampir cik honey tak dapat mampu bertahan.mencecah 5 tahun.Allah belum izinkan cik honey & suami untuk bergelar ibu n ayah.Dengan situasi mcmni.tak terkata perasaan kami...ingin lihat cinta hati kami seperti ini..




ingin lihat dia seperti ini



cemburu dihati bila melihat kwn2 yang senang mudah mengandung...dan melahirkan.dalam hati terase sunyi je.bile lah kami nak rase semua tu...angan2 selama 5 tahun,nak ambil
tangkap gambar mcmni




tinggal beberapa hari lagi adik cik honey akan bergelar ayah.beruntungnye dia.kadang2 byk soalan dlm otak
fikiran cik honey.mengapa,kenapa,apa....????..

Hanya cik honey n suami je yg tahu deritanya.hari-hari cik honey doa,supaya Allah makbulkan hajat kami.abah cik honey sakit.cik honey harap dapat berikan cucu pada dia.biar dia dpt pegang cucu.sentuh cucu..hu3..

banyak prosedur yg kami buat,tradisional+ moden.smpai tak terjangkau dek akal la gamaknye.tapi Allah belum izinkan kami lagi.Ramai mulut bertanya,kata2 nasihat,kata2 ejekan,soalan tak munasabah,cik honey terpaksa lalui semua tu.Kadang2 cik honey akan menangis sepuas2nye utk meredakan gundah dihati.tu je yg mampu cik honey buat utk relaxkan diri.

tadi kwn cik honey call.kami berbual panjang.rupe2nye dia juga nasib sme dgn cik honey.kami berbual dr hati ke hati.menceritakan pengalaman masing2.kadang2 org yg senasib dgn kite je yg faham betapa derita n sengsaranya kami.bukan nk mengeluh.tapi tula dunia.Hanya Allah yg tahu.

kepada yg beri dorongan,terima kasih byk2 ye kawan..terima kasih kerana memahami kami.kami juga insan seperti anda semua.inginkan kebahagiaan.ingin jdi mak n ayah.bukan kami yg minta utk tidak punya zuriat.tapi Allah belum beri keizinan lagi.mungkin kamu semua bernasib baik.tapi kami...hu3

Kepada yg suke mengejek,bertnya "merancang ke?""mandul ke""ko ni bile lagi""bile nak ade"...tolongla...hancur hati kami dgn soalan2 tu.tolongla faham.kami sgt sensitif dengan ayat2 tu..kalau anda ditempat kami.anda akan faham kenapa ayat2 tu sgt memedihkan hati kami.

Kami insan kerdil,hamba Allah yang lemah.punye hati dan perasaan.

Dan cik honey berharap ada sinar selepas ini.....Dan..doakan abah cik honey ok ye,....

Wasalam....