Hai, kerja? cuti?..lengang je jalan this week..seronok je drive..30 minit je dh smpai opis.selalunye 45minit.hu3..walaupun saya x cuti direct.cuti di isi dgn sebaik2nya. melayan hati dgn nikmat dunia. jalan sana sini utk mengeratkan kasih sayang antara kami.cewahhh...hehehe . yela, bulan disember nanti dah xde mse nk layan hati berdua sebab, banyak kenduri & majlis from my side & hubby's side. makan kenduri tiap minggu la jawabnya.
Puas juga la cuti2 Malaysia..nasib baik la dpt suami yg kaki jalan.dan suami pn untung dpt isteri kaki jalan "kata suami la" hahah..kemana nk pegi kami layan je, walaupun tempat yg kitorang pegi tu biase2je.kami yg buat tempat tu jadi happening...
wokeh..selepas melayan hal dunia..hati kne isi juga dgn hal akhirat, betul tak.. bos saya ajak pegi dengar ceramah solat sains kat pusat islam UiTM. pernah dengar tak.sebenarnya saya pernah tgk dokumentari kat tv9 tempoh hari. dalam topik tu, saintis yg terlibat telah mengkaji kebaikan solat dari segi kesihatan. power tu, diorang siap ada alat yang boleh ketahui gelombang2 stress sebelum dan selepas solat. bangga sikit la jadi perempuan sebab saintis tu perempuan. mula2 saintis tu cakap mereka di arahkan utk membuat projek tu, mula2 x minat sgt utk buat kajian tentang kebaikan solat tu, tapi bila dah mula kan projek tu, prof tu dah mula berminat sgt2 smpai buat banyak buku tentang kebaikan solat dari segi sains ni. dan salah satunya ialah buku ni.
baru baca muka surat ke 3, tapi best.. |
Dan antara sedikit nota yang saya boleh rumuskan ialah:
Solat 5 waktu WAJIB ditunaikan, kerana dengannya ketenangan akan hadir, gelombang2 kebaikan akan wujud & gelombang2 penyakit akan menurun. utk bonus kesihatan tambahan, solat sunat juga digalakkan.. (^_^)
Orang sakit lutut selalunya solat duduk kan? tapi prof ni cakap, jgn manjakan badan. otot kita lagi sakit , lagi la kita kena gerakkan dia. Dia dah buat eksperimen kpd pesakit lutut, solat mcm biasa dengan pergerakkan yg betul, lama kelamaan pesakit dpt solat seperti biasa tanpa bantuan kerusi.
Ketenangan akan wujud ketika kita rukuk & sujud yang betul..
Dan yang best tu, bagi ibu yang hamil. InsyaAllah boleh bersalin normal kalau solat dgn sempurna smpai tarikh bersalin. InsyaAllah baby x songsang.
Dan saya akan cuba study dan mempelajari cara solat yang betul..ye la,umur dah 30, tahun depan dah 31..solat pn x betul lagi.hu3...Alhamdulillah Allah gerakkan hati utk pegi dgr ceramah tu tadi.
saya hanya ingin berkongsi rasa je, kalau teringin nak beli buku2 prof ni, maybe kat kedai buku kat luar tu ada jual. Semoga Ibadah kita diterima utk bekalan kita ke Akhirat nanti...